Get $25 free
loading...

Orang Mengamuk Di Hospital Kuala Kangsar Tumbuk Cermin Hingga Pecah

Difahamkan di Hospital Kuala Kangsar berlaku satu kejadian yang menggemparkan apabila ada seorang lelaki tiba-tiba mengamuk di lokasi awam hospital berkenaan sehingga menyebabkan ketakutan orang ramai.

Kejadian dikatakan berlaku sebentar tadi.

Individu itu dikatakan masuk ke kawasan berkenaan dan mengamuk serta menumbuk cermin dan meluru masuk ke dalam bilik doktor.

“Allah… Kecoh hospital kuale kejap tadi..nampak tak kesan darah dan cermin pecah tu.. Ada org tiba-tiba mgamuk tadi.

“Rasa-rasa mmg org tu ada problem mental.. Tiba-tiba mengamuk tumbuk cermin tu dan meluru masuk dlm bilik doktor…syukurlah tak ada org awam dan petugas hospital yang cedera,” kata seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Che Nu Alinar Mohamed hari ini.

Menurut beliau, mungkin hanya lelaki berkenaan yang cedera kerana di lantai kawasan itu terdapat beberapa tompok titisan darah mungkin dari kecederaan yang dialami oleh pelakunya.

“Pesan teman (saya) kita hendaklah sentiasa berhati-hati, bila tengok situasi tadi, rasa-rasa macam patut ada pengawal keselamatan seorang dalam tempat pesakit menunggu giliran, sekurang-kurangnya boleh cepat bertindak,” katanya menceritakan kisah yang berlaku.

Che Nu Alinar berkata, beliau berada dekat dengan tempat kejadian kerana hadir ke hospital berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Dia turut berkongsi gambar di Facebook menunjukkan keadaan cermin kaunter di hospital berkenaan yang pecah dengan beberapa kesan darah di atas lantai.

Nasib dan keadaan lelaki yang mengamuk itu tidak diketahui sehingga ini adakah sudah ditahan atau sebaliknya. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...