Get $25 free
loading...

Isteri Hamil 6 Bulan, Haziq Hot FM Gigih Belajar Jadi Bapa

Penyampai radio dan pengacara Haziq Hussni tak lama lagi bakal bertukar status, daripada suami menjadi seorang bapa pula. Difahamkan isteri Haziq sedang hamil enam bulan dan dijangka bersalin pada penghujung bulan April ini.

"Tak sangka juga sebab kami tak meletakkan harapan, namun pada satu hari tu balik rumah isteri tunjukkan 'pregnancy test', alhamdulillah rezeki dari Allah. Pada masa sama saya rasa macam nak nangis sebab terlalu gembira. Iyalah diusia yang muda bakal bergelar bapa.

"Dan kalau diikutkan saya belum matang lagi dan disebabkan itu juga saya berkahwin untuk belajar mematangkan diri. Dan apabila isteri saya pula sedang hamil, saya sekarang belajar lagi untuk jadi seorang bapa.

"Saya ada juga melihat video-video macam mana sekarang bapa menjaga anak dan rapat dengan anak. Daripada situlah saya jadikan bahan rujukan sebagai info sebelum bergelar bapa," ujar Haziq teruja.

Diajukan persoalan mengenai jantina anak, tidak meletakkan harapan untuk menerima jantina lelaki mahupun perempuan, Haziq dan isteri sepakat menerima dengan terbuka atas kurniaan daripada yang Maha Esa.

"Tak mengharap jantina lelaki mahupun perempuan yang penting sihat, sempurna cukup sifat, membesar menjadi anak yang soleh dan hormat dan taat kepada kedua ibu bapa serta kepada Allah," katanya.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...