Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba MH Online dikejutkan dengan cerita dari sumber yang boleh dipercayai bahawa penyanyi Kaka Azraff dan gitaris kumpulan Kristal, Rody bakal bertunang.
Namun menurut sumber tersebut lagi, majlis pertunangan yang sepatutnya berlangsung pada 1 Januari di sebelah petang terpaksa ditangguhkan di saat-saat akhir ke tarikh lain atas permintaan sebuah stesen TV.
Difahamkan juga persiapan majlis bagi pertunangan tersebut telah pun dibuat dan diumumkan kepada keluarga, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Akhirnya permohonan maaf terpaksa dibuat kepada
Justeru, MH Online telah menghubungi Kaka sendiri bagi mendapatkan kepastian mengenai cerita penangguhan majlis pertunangan ini.
"Eh mana ada tak betullah. Tak ada apa pun. Kelakar la cerita ini. Tak ada niat untuk bertunang. Tak ada apa pun. Ya, kami (dengan Rody) baru mengenali hati budi tapi tak ada istilah bertunang.
"Namun saya berharap agar semua dapat mendoakan yang baik-baik. Saya perempuan tak boleh cakap hal ini, tak manis kan. Saya juga perlu menghormati keluarga kedua belah pihak," jelas Kaka.
Terus ditanya mengenai hubungannya dengan Rody, Kaka memberitahu mereka sudah lama kenal iaitu dari zaman Kristal menjadi pengiring Ella lagi.
"Dah lama kenal tapi baru berkawan dan mengenali. Belum serius lagi. Bagaimanapun doakanlah yang baik-baik supaya saya segera mengakhiri zaman single. Doakanlah yang terbaik. Kalau ada berita baik, saya sudi berkongsi," katanya.
Berkenaan dengan cerita penangguhan majlis pertunangan atas permintaan sebuah stesen TV, Kaka memberitahu perkara itu tidak ada kena mengena.
Seterusnya Kaka memberitahu dia tidak mahu menggembar-gemburkan hal peribadi kerana ini berkaitan dengan kisah peribadi, keluarga dan turut melibatkan pihak pengurusannya. Dia perlu menghormati semua pihak.
Namun sebagai artis, Kaka tahukan tidak boleh terlepas daripada perhatian masyarakat. Pun begitu, MH Online setia menunggu perkhabaran gembira dari Kaka dan Rody.
Jika benar ada majlis, jangan lupa jemput kami.
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas, Netizen Naik Ri ...

Penumpang Bot Ekspres Hilang Selepas Jatuh Sungai ...

#tahukahanda: Apakah Kelebihan Miliki Gwm Haval H6 ...

Penjara 6 Bulan Ganti Denda Terhadap Lelaki Rakam, ...