Get $25 free
loading...

Imigresen tahan lebih 15 majikan upah PATI sejak 1 Oktober

Mustafar berkata, majikan dalam industri pembinaan, hiburan, perkilangan dan perkhidmatan itu ditahan kerana melindungi atau mengupah lebih 5 PATI.

mustafar-ali-immigrsen1PETALING JAYA: Imigresen mengambil tindakan terhadap lebih 15 majikan yang mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam tempoh 2 bulan dan akan membekukan akaun bank serta aset

mereka, kata Datuk Seri Mustafar Ali.

Ketua pengarah Imigresen dalam wawancara khas dengan Sin Chew Daily berkata, anggaran awal aset 3 daripada lebih 15 majikan itu melebihi RM26 juta dan pihaknya sedang berbincang dengan penasihat undang-undang untuk tindakan lanjut.

Katanya, majikan dalam industri pembinaan, hiburan, perkilangan dan perkhidmatan itu ditahan kerana melindungi atau mengupah lebih 5 PATI.

Beliau menasihatkan majikan yang mempunyai PATI supaya menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana imigresen giat menjalankan “operasi harian”.

Sejak Januari tahun ini sehingga 26 Disember lalu, seramai 1,174 majikan ditahan kerana terbabit dalam kegiatan haram seperti melindungi, mengupah dan membenarkan PATI menggunakan tempat mereka, bersubahat dengan PATI serta menghalang penguat kuasa imigresen menjalankan tugas.

Mustafar berharap mahkamah mengambil tindakan tegas terhadap majikan ingkar dengan meningkatkan hukuman kerana beberapa tahun kebelakangan ini, mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman sebat.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman berat adalah perkara baik kerana dengan ini ia dapat menyelesaikan masalah menyembunyi dan menyeludup PATI.”

Pada 13 September lalu, Mustafar memberi masa kepada majikan sehingga akhir September untuk menyelesaikan segala-galanya, termasuk dokumen perjalanan, visa dan permit pekerja mereka sebelum penguatkuasaan dimulakan pada 1 Oktober.

Beliau berkata, peruntukan di bawah Seksyen 56 (1) Akta Imigresen 1959/1963 mengenai pembekuan aset dan akaun bank sudah wujud, tetapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya selama ini.

Seksyen 55B(3) akta sama juga memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 6 bulan atau tidak melebihi 5 tahun dan 6 sebatan, jika didapati bersalah mengambil lebih 5 PATI.

Beku aset majikan jika ambil PATI, kata imigresen


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...