Get $25 free
loading...

Video Peminat Bergaduh; Zulin Sedih Jadi Bahan Viral

Beberapa hari lalu telah tersebar video kononnya peminat Zulin Aziz bergaduh di pawagam kerana ada penonton lain yang mengatakan Zulin kelihatan tidak cantik dan agak berisi. Lalu peminat Zulin ini telah cuba mempertahankan pelakon pujaannya itu.  

Namun ada yang kata, video itu adalah salah satu promosi untuk filem  Bo-Peng yang sedang ditayangkan ketika ini.  Anggapan

tersebut telah membuatkan Zulin berasa sangat kesal lalu memuat naik video menjelaskan segala-galanya.  

Bagaimanapun, Zulin telah memadam video tersebut.  

"Zulin dapat nasihat dari ramai orang yang mengatakan video zulin upload itu elok delete sahaja sebab manusia ni jenis terangkan macam mana pun mereka tetap tak mahu dengar.  Lagipun Zulin tak mahu panjangkan lagi cerita.  

"Zulin kecewa dengan sikap mereka yang cuba viralkan video ini tanpa pengetahun Zulin.  Zulin pun tak tahu apa punca video ni diviralkan.  Demi Allah, Zulin tak tahu menahu," ujarnya merayu memohon simpati.  

Dalam video yang telah dipadamkan itu, MH Online sempat menontonnya dan Zulin kesal kerana sejak beberapa minggu ini ada sahaja cerita yang kurang enak tentangnya.  

Antara kata-kata Zulin dia tak perlukan publisiti seperti itu untuk menaikkan namanya.  

Sabarlah Zulin. 



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...