Get $25 free
loading...

Hyper Act Singkir Penyanyi Lagi?

Entah di mana silapnya, difahamkan kumpulan Hyper Act sekali lagi akan menggantikan penyanyi utamanya.  Jika sebelum ini, Ronnie dikatakan disingkir, begitu juga dengan penyanyi kedua ini Kecik yang dikatakan bakal ditamatkan kontrak.  

Kecik atau nama sebenarnya Mohamad Fauzi Kamarudin, anak muda berasal dari Jitra, Kedah, jika sebelum ini di sosial media menyatakan dia dibuang dari kumpulan tersebut.

src="https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sDkVadFQegSA_7s-BuE882uxCF1uAVaia3Dz7DG8_aQEkHWX_w42V7jhNEgyHk6xXerMe2-48fuA=s0-d">

"Saya tak tahu fasal saya kena buang sebenarnya.  Tiba-tiba terus dapat maklumat dari orang lain sampaikan kepada saya yang mereka dalam perbincangan untuk buang dan tamatkan kontrak saya.  

"Saya langsung tak diberitahu apa-apa fasal kena buang.  Saya cuma dimaklumkan untuk buang info-info tentang Hyper Act di setiap media sosial. Sebab tak ada meeting langsung.  Katanya minggu hadapan baru nak berjumpa untuk berbincang hal tamatkan kontrak.  

"Tapi belum ada kata putus lagi dari mereka.  Mana tahu ada rezeki ke boleh bawa berbincang ke? Siapa tahu kan.  InsyaAllah," ulas Kecik.  

Ditanya mungkinkah masalahnya kerana beliau mengambil show luar seorang diri?

"Tak ada.  Show solo pun ahli Hyper Act yang bawak.  Tak pernah pergi seorang," jelasnya.  

Ditanya lagi, adakah dia masih mahu bersama Hyper Act?

"Siapa taknak?  Hyper Act yang bela saya, jaga saya dan mereka yang perkenalkan saya dalam industri ini.  Mereka dah macam keluarga sendiri.  Kalau diberi peluang, saya tak akan tinggalkan peluang ini.  

"Bagi saya masalah berpunca dari orang atas bukannya dari kumpulan," tegas Kecik lagi.  

Jika begitu, kita harapkan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.  Jika tidak, mungkin nama Hyper Act akan terkenal sebagai kumpulan yang suka bertukar ganti penyanyi.



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...