Get $25 free
loading...

MAIJ : Bukti Skandal Seks Muhyiddin Sedang Diteliti

Majlis Agama Islam Johor Sedang Teliti

Terkini, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dikatakan berjanji akan meneliti ‘bukti’ berkaitan dakwaan
skandal seks bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyatakan bahawa pihaknya sudah pun menerima surat daripada majlis itu menyatakan komitmen mereka.

“Menurut surat tersebut pihak MAIJ akan memperhalusi dan meneliti semua dokumen bukti laporan untuk tindakan selanjutnya berdasarkan laporan yang telah dikemukan oleh pihak JMM kepada MAIJ” jelasnya.

Pada masa yang sama, JMM turut melaporkan dakwaan sama kepada Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) pada 16 November lalu.

Oleh itu, kes tersebut yang membabitkan akuan bersumpah (SD) bekas timbalan pendakwa raya Stanley Clement Agustin mengenai dakwaan hubungan Muhyiddin dan isterinya Nika Gee Siew Yee. Stanley dan isterinya membubarkan perkahwinan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, September lalu.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...