Get $25 free
loading...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Insiden Letupan Di Jakarta

Foto:APFoto:AP

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden serangan enam letupan di sekitar kawasan Sarinah, Jalan MH Thamrin, Jakarta, hari ini.

Setakat ini, insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya enam enam maut membabitkan tiga orang awam dan tiga polis.

Dalam kenyataan sebentar tadi, Wisma Putra turut menyatakan Kedutaan Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi  kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap dan melancong ke Jakarta supaya lebih berjaga-jaga dan mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Wisma Putra, bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada rakyat dan kerajaan Indonesia berikutan insiden serangan tersebut.

Untuk sebarang maklumat dan perkembangan terkini, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta di alamat: Embassy of Malaysia, Jalan H.R. Rasuna Said, Kav. X/6, No.1-3 Kuningan Jakarta Selatan, 12950 Republik Indonesia atau menghubungi talian  006121 5224 947.

 

- mD

 

Previous
Next Post »
loading...