Get $25 free
loading...

Serangan Di Jakarta Jejas Mata Wang, Saham Asia

Gambar hiasanGambar hiasanKUALA LUMPUR: Nilai mata wang dan pasaran saham Asia Tenggara, menjunam sebentar susulan tragedi letupan dan insiden tembak-menembak di tengah-tengah pusat bandaraya Jakarta.

Dalam pasaran mata wang, penurunan didahului rupiah yang susut 0.531 peratus kepada ke paras 13,960 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras terendah sejak 7 Januari.

Ia diikuti peso Filipina yang mencatat penurunan 0.247 peratus kepada 47.64; ringgit Malaysia sebanyak 0.166 peratus kepada 4.384; dolar Singapura sebanyak 0.116 peratus kepada 1.4384 dan bath Thailand sebanyak 0.088 kepada 36.29.

Sementara itu, pasaran saham Indonesia jatuh ke paras terendah sejak 21 Disember lalu apabila penanda arasnya, Indeks Komposit Jakarta susut 1.7 peratus.

Ia diikuti Straits Times Singapura yang susut 1.37 peratus; Indeks SET Bangkok susut 1.3 peratus; Manila susut 1.18 peratus dan Indeks FBM KLCI Kuala Lumpur susut 0.52 peratus.

Turut menyumbang kepada penurunan itu juga adalah kejatuhan berterusan harga minyak mentah global dan kelemahan ekonomi China.

Harga minyak mentah Brent, penanda aras minyak mentah antarabangsa, susut AS$0.07 kepada AS$30.21 setong.

 

- Berita Harian

Previous
Next Post »
loading...