Get $25 free
loading...

Serbuk Mencurigakan Paksa Lapangan Terbang Sweden Dikosongkan

Foto:AgensiFoto:AgensiSTOCKHOLM: Sebahagian kawasan Lapangan Terbang Skavsta di tenggara Sweden dikosongkan manakala penerbangan ditangguhkan beberapa jam apabila serbuk mencurigakan ditemui selepas seorang penumpang mendaftar masuk bagasi.

Kawasan daftar masuk dan dewan bagasi terminal pelepasan dikosongkan, tiga penerbangan ditangguhkan selama empat jam ketika polis dan skuad pemusnah bom memeriksa beg berkenaan, kata jurucakap lapangan terbang, Joakim Lindholm.

Terminal dibuka semula dan perkhidmatan kembali seperti biasa selepas beg berkenaan dibawa ke tempat selamat.

"Beg berkenaan milik seorang wanita warga emas yang bekerjasama dengan polis," kata Lindholm tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Penerbangan masuk tidak terjejas dengan kejadian itu tetapi tujuh penerbangan keluar ke Eropah mungkin menyaksikan sedikit kelewatan.


- Agensi

Previous
Next Post »
loading...