Get $25 free
loading...

Kebebasan Bersuara PKR Hanya Cakap Kosong

SABAK BERNAM: Slogan serta amalan kebebasan bersuara yang diamalkan PKR hanyalah ‘tin kosong’ apabila bertindak memecat Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Halimah Nasoha kerana mencadangkan kepemimpinan parti itu menyelesaikan isu projek pembalakan bernilai RM45 juta yang didakwa melibatkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kepemimpinan PKR sepatutnya mengambil perhatian cadangan Halimah itu dengan memanggil Mohamed Azmin serta Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang membangkitkan isu tersebut untuk memberikan penjelasan.

“Sebelum ini mereka dakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak demokrasi. Sebaliknya apabila mereka berkuasa, mereka lebih autokrasi, kuku besi dan kepimpinannya tak boleh ditegur.

“Apabila ditegur, orang yang menegur akan diambil tindakan disiplin seperti dipecat dengan alasan konon­nya untuk menjaga integriti parti,” katanya dalam majlis pelancaran Persatuan Badang Malaysia (PBM) dan Pertandingan Mr. Badan Cantik PBM di Sekinchan dekat sini hari ini.

Kelmarin, Halimah dilaporkan dipecat sebagai Exco AMK kerana mengeluarkan kenyataan terbuka mendesak agar pertembungan Mohamed Azmin dan Badrul Hisham ditamatkan segera kerana memberikan imej buruk kepada pentadbiran kerajaan negeri ini dan PKR secara keseluruhannya.

Malah, Halimah juga dilaporkan meminta Presiden serta Pengerusi Disiplin parti itu segera memanggil Mohamed Azmin dan Badrul Hisham memberikan penjelasan terhadap dakwaan tersebut, selain mencadangkan membawa dakwaan tersebut ke mahkamah.

Pada 18 Disember lalu, Badrul Hisham mencabar Mohamed Azmin supaya membuktikan dakwaan kononnya kerajaan PKR Selangor menye­rahkan projek pembalakan bernilai RM45 juta kepada dua syarikat tanpa melalui proses tender.

Malah, beliau turut bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Mohamed Azmin jika bukti mengenai dakwaan tersebut dapat dikemukakan.

-Utusan Malaysia

Previous
Next Post »
loading...