Get $25 free
loading...

Polis Pantau Kegiatan Militan Daesh Di T'ganu

Polis Terengganu sentiasa memantau kegiatan orang awam di negeri itu bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan anasir negatif termasuk menyertai kumpulan militan Daesh.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata setakat ini, pihaknya tidak mengesan aktiviti militan di negeri ini.

"Kita sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak berhubung perkara ini dan setakat ini, kita tidak mengesan sebarang bentuk aktiviti militan di Terengganu," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan dan tindakan yang menjurus ke arah itu.

Semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan dua pengebom berani mati yang terbabit dalam kejadian serangan militan di Iraq dan Syria baru-baru ini adalah rakyat Malaysia.

Menurut media seorang daripada pengebom itu ialah Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, yang berasal dari Terengganu.

 

- Bernama

Previous
Next Post »
loading...