- Details
- Published on Thursday, 14 January 2016 16:32
KUALA LUMPUR: Dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 19 kenderaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang itu merupakan pelajar sekolah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, berdasarkan maklumat awal, kemalangan bermula apabila sebuah lori yang dipercayai hilang kawalan merempuh 15 buah motosikal yang diletakkan di hadapan sekolah.
Menurutnya, lori tersebut seterusnya melanggar van Nissan Vennet dan terbalik di atas kenderaan tersebut.
Ujarnya, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan Perodua Alza.
"Mangsa yang cedera dan mayat mangsa yang maut telah dihantar ke hospital," katanya.
-Kosmo!