Get $25 free
loading...

Letupan Di Jakarta: PDRM Tingkatkan Kawalan Keselamatan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara ekoran kejadian pengeboman di Jakarta, Indonesia pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM memberi sepenuh tumpuan pada beberapa kawasan yang berpotensi dijadikan sebagai sasaran aktiviti keganasan seperti di kompleks beli-belah serta pusat tumpuan pelancongan.

"Ekoran kejadian di Jakarta, PDRM turut pertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan-sempadan negara bagi menghalang kemasukan anggota pengganas ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

 

 

 


-- K! ONLINE

Previous
Next Post »
loading...