Get $25 free
loading...

Bauksit: Penguatkuasa Diletakkan Di Empat Lokasi

(Gambar fail) Kelihatan sebuah kenderaan jentolak bergerak keluar dari sebuah kawasan perlombongan bauksit setelah menyedari kehadiran pihak media ketika tiba di sebuah kawasan yang dahulunya adalah dusun durian kini telah habis diratakan untuk kegiatan perlombongan bauksit. - Foto Bernama(Gambar fail) Kelihatan sebuah kenderaan jentolak bergerak keluar dari sebuah kawasan perlombongan bauksit setelah menyedari kehadiran pihak media ketika tiba di sebuah kawasan yang dahulunya adalah dusun durian kini telah habis diratakan untuk kegiatan perlombongan bauksit. - Foto BernamaSANTUBONG: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menempatkan penguatkuasa di empat stesen bagi memantau moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula esok.

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Azizan Ahmad berkata pihaknya telah mengatur pergerakan penguatkuasa bagi memastikan pihak industri yang terlibat mematuhi moratorium dalam tempoh tiga bulan itu.

Katanya, selain penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), penguatkuasaan akan turut dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia serta beberapa agensi penguatkuasa yang lain.

"Kita akan stesenkan penguatkuasa pertama di pintu masuk pelabuhan, kedua di kawasan stok simpanan bauksit, ketiga di kawasan lombong dan keempat melalui rondaan di atas jalan raya," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Menterinya Datuk Hamim Samuri.

Azizan berkata, jika berlaku pelanggaran oleh pihak industri sepanjang moratorium tindakan undang-undang akan diambil mengikut bidang kuasa jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan.

Pada 6 Jan lalu, Wan Junaidi mengumum kerajaan memutuskan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang bermula esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet dengan menggariskan beberapa langkah perlu diambil oleh pihak industri yang terlibat, dalam tempoh tiga bulan bagi menyelesaikan masalah pencemaran akibat aktiviti berkenaan.

 

 

 

 

-- BERNAMA

Previous
Next Post »
loading...