Get $25 free
loading...

'Saya anggap Melayu Jelutong macam ANJING' – PPBM

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikatakan sedang porak peranda di banyak kawasan.

Jika sebelum ini tular pimpinan ‎PPBM Melaka mahu menjatuhkan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof dari jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu, hari ini pula kecoh di Pulau Pinang pimpinan PPBM Jelutong merebut jawatan Ketua Bahagian.

Perkara ini berlaku dikatakan akibat dari kegagalan Pengerusi Pehububungan PPBM Pulau Pinang Datuk Marzuki Yahya mengawal parti sekaligus menyebabkan rombakan secara besar-besaran yang akan dilakukan kepada hampir di 2/3 bahagian PPBM di Pulau Pinang.

Acara melobi dan cantas-mencatas dikatakan sedang giat dilakukan menurut sumber dalaman.

Datuk Marzuki Yahya yang merupakan seorang senator juga Timbalan Menteri Luar Negeri dikatakan sedang melobi untuk merebut jawatan menteri penuh di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mungkin akan diumumkan pada Mac ini.



Kiri Omar Pak Lah bersama Presiden PPBM Muhyiddin Yassin

Dalam masa yang sama di bahagian Jelutong pula, jawatan Ketua Bahagian ketika ini disandang oleh Omar Pak Lah sedang sengit direbut oleh dua individu yang dikenali sebagai Salahdin dan Sulaiman Perkasa.

Perebutan ini dikata sedang berlaku dengan teruk sekali apabila satu audio rakaman Salahdin menyamakan Melayu Jelutong dengan anjing ditularkan ke media sosial.

Rakaman itu dilakukan secara sulit namun amat jelas untuk difahami setiap perkataannya yang menyatakan Melayu Jelutong sebagai babi.

"Macam anjing ja Melayu Jelutong. Mintak maaf saya cakap.

"Depa tauk(letak) daging, Melayu jelutong pi makan, betui.

"Selama ni saya pun anggap Melayu Jelutong macam anjing. Hang bagi duit ja, depa pi," kata individu yang didakwa sebagai Salahdin itu.



Kiri sekali Salahdin, tengah Sulaiman Perkasa.

Audio rakaman ini dikatakan telah dibocorkan oleh Sulaiman Perkasa yang juga kroni kepada Datuk Marzuki Yahya bagi membolehkannya merebut jawatan Ketua Bahagian Jelutong.

Sumber memberitahu kebanyakan ketua bahagian PPBM akan ditukar tanpa persetujuan dan tidak mengikut prinsip demokrasi yang sepatutnya diamalkan di Malaysia.

Tindakan mereka yang merebut jawatan ini adalah keterlaluan. Jika mahu berpolitik sekalipun, patutkah menghina bangsa sendiri sebagai anjing? Adakah pemimpin seperti ini yang patut dipilih mewakili orang Melayu? – AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channe
Previous
Next Post »
loading...