Get $25 free
loading...

Indeks Ini dari Jab. Statistik, Apa Guan Eng nak kata lagi? - Najib

Ini bukan Guan Eng atau Najib yang kata.

Minggu lepas, Jabatan Statisik Negara telah mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) yang dikumpul pada bulan November 2018,

Indeks ini memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada jangkamasa yang akan datang ataupun "leading indicator".

Maksudnya, bacaan indeks untuk November 2018 menggambarkan keadaan ekonomi untuk suku pertama dan suku kedua tahun depan.

Laporan Jabatan Statistik menunjukkan indeks ini telah susut bagi tempoh 6 dari 7 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei sehingga November berbanding indeks yang semakin naik sebelum itu.

Ini menunjukkan angka negatif untuk 5 bulan berturut-turut.

Lebih membimbangkan ialah angka penyusutan ini nampaknya semakin menjunam untuk 5 bulan yang terakhir.

Dari bulan Januari sehingga April, indeks yang sama menunjukkan kenaikan untuk setiap bulan.

Berdasarkan laporan Indeks ini, Jabatan Statistik telah membuat rumusan bahawa prestasi ekonomi negara akan semakin lembab untuk bulan-bulan yang akan datang.

Kita tunggu Menteri Kewayangan kita mengeluarkan kenyataan bahawa ini salah Najib.

Ataupun kenyataan bahawa ekonomi sebenarnya sangat baik tetapi Jabatan Statistik Negara mengeluarkan "fake news".

Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Previous
Next Post »
loading...