Hari ni Khair tak berapa sihat. Pagi ni je dah 2 kali dia muntah. Bangun dari tidur, check suhu badan.. 39.7 darjah celcius. Weh.. panas. Cepat-cepat ibu bagi dia ubat demam, lepas tu basahkan kepala supaya suhu turun.
Kalau nak ikutkan, aku pun tak berapa nak sihat. Kepala pening dari semalam, rasa macam nak demam. Ini semua gara-gara makan limau nak raya cina. Itu pun makan sebiji je. Demm.. mungkinkah terlalu banyak bahan kimia dalam limau sehingga menyebabkan antibodi aku kalah? Hohoho.
By the way, back to topic Khair.. disebabkan dia dah demam seteruk macam ni, aku buat keputusan nak bawa dia ke klinik dulu. Sekolah? Sah-sah hari ni tak pergi.
Jadi memandangkan dia memang tak larat nak pergi sekolah, aku minta MC dengan doktor. Bukan MC untuk aku, tapi untuk Khair.
Kenapa nak MC? Dia bukan kerja pun. Well.. dia dah darjah 1 kot. Aku tak nak ambil risiko untuk biarkan rekod kedatangan dia jadi buruk. So, MC diperlukan sebagai surat sokongan yang akan dilampirkan bersama surat tidak hadir ke sekolah.
Haa.. bila bercakap pasal surat tidak hadir ke sekolah ni, format aku mudah je. Ini pun aku rujuk contoh-contoh yang aku jumpa di Google. Untuk jadikan ia sebagai rujukan korang juga, nah.. aku share format surat tu kat bawah. Tempat kosong tu korang cuma perlu isi je maklumat peribadi anak korang.
(Nama bapa)
(Alamat)
——————————————————————————-
Guru kelas 1 Cemerlang
(Alamat sekolah) Tarikh: 30 Jan 2019
Tuan/Puan,
TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas, saya (nama bapa) bapa kepada (nama anak) ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada (tarikh).
1. Anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana dia mengalami (jenis sakit) yang bermula (tarikh mula sakit) setelah (aktiviti terakhir – contoh: bangun dari tidur).
2. Disebabkan itu, saya telah membawa anak saya untuk dirawat di (nama klinik) pada (tarikh dan waktu ke klinik) berikutan keadaannya yang kurang bermaya. Selepas memeriksa keadaan anak saya, doktor telah menasihati supaya dia diberikan rehat secukupnya dirumah selama (berapa hari MC). Bersama-sama ini saya lampirkan surat cuti sakit yang bernombor (nombor MC) sebagai bukti.
3. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan saya ucapkan dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang Benar,
(nama bapa)
Kalau malas taip, boleh download softcopy kat bawah.
Nota: Sebelum ni kalau dekat taska, nak cuti main whatsapp je cikgu.. tapi bila Khair dah masuk sekolah kebangsaan, kena buat surat rasmi la bagi official sikit.. terus daddy rasa kekok semacam. Hahaha