Get $25 free
loading...

PRK CH: Rakyat TOLAK DAP-PH, Tak akan DITIPU mereka selama-lamanya

PH gunakan jentera dan aset kerajaan.

PH gunakan duit dan pelbagai 'sumbangan' kerajaan.

PH gunakan agensi kerajaan menyerang calon dan parti BN.

Mereka silap. Mereka fikir rakyat tidak tahu menilai.

Hari ini, rakyat menghantar mesej yang jelas kepada PH.

Kemenangan kepada Barisan Nasional ini bermakna PH ditolak rakyat.

Segala penipuan dan fitnah yang mereka lakukan selama ini, rakyat sudah muak dan langsung tidak membawa kebaikan apa-apa.

Rakyat mahukan Tuan Ramli Mohd Nor mewakili suara mereka, orang asli pertama di Dewan Rakyat.

Saya yakin beliau akan berusaha membawa kemajuan kepada Cameron Highlands, Insya-Allah.

Tahniah kepada kepimpinan tertinggi dan parti-parti komponen Barisan Nasional, Pengarah PRK YAB Dato' Seri Wan Rosdy, Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato' Sri Utama Mohamad Hassan dan jentera-jentera BN termasuk UMNO-UMNO Bahagian yang berkampung di PDM.

Saya juga menghargai sokongan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS serta semua pihak yang turut membantu kemenangan kami ini.

Terima kasih kepada semua pengundi yang memilih BN termasuk di FELDA, kampung tradisional dan pos Orang Asli.

Ini adalah kemenangan rakyat !

Oleh : Najib Razak
Penulis ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-6



Previous
Next Post »
loading...