Get $25 free
loading...

Menteri Melayu PH TIDAK MAMPU sekat Agenda DAP

KOMEN dari seorg Akauntan...

Kerajaan DAP-PH sedar bahawa kadar "financial literacy" di kalangan rakyat Malaysia terutama Bumiputera dan Muslim adalah lemah. Malah, amat kurang Bumiputera dan Muslim yang betul-betul faham erti sebenar sistem perakaunan, konsep pelaburan, global ekonomi dan sistem kewangan.

Saya bernasib baik kerana mengambil subjek "Accounting" di peringkat A-Level dan mendapatkeputusan yang amat baik, kerana minat yang mendalam. Seterusnya mengambil management (finance) sebagai minor dalam double degree saya. Saya terus mendalami ilmu dalam bidang kewangan dan pelaburan di peringkat post-graduate.

Bukan niat hendak riak tapi ingin memberi sedikit latar belakang sebelum saya meneruskan coretan ini.

Kebelakangan ini, saya lihat kerajaan DAP-PH begitu ghairah mendedahkan pelbagai "skandal" melibatkan entiti-entiti perniagaan berkaitan Islam dan Bumiputera seperti Felda, MARA dan Tabung Haji. 

Saya meilihat kerajaan DAP-PH mengambil peluang serampang dua mata, untuk kelentong rakyat dengan kelemahan majoriti dari kita yang kurang "financial literacy dan untuk menjatuhkan maruah dan integriti Bumiputera dan Islam dengan "skandal" yang didakwa mereka.

Saya mengikuti perkembangan pendedahan isu Tabung Haji dan Felda dengan teliti. Dalam isu Felda dan MARA, agak jelas terdapat kesalahan urus-tadbir apabila ianya di uruskan oleh seorang pemimpin politik UMNO. Walau bagaimanapun, ianya tidaklah sebegitu teruk seperti digambarkan oleh kerajaan DAP-PH di media massa.

Dalam kes Tabung Haji, memang agak banyak kenyataan yang bersifat "sangka-buruk" dengan menggunakan Mujahid sebagai jurucakap bagi pihak DAP-PH. Mujahil yang tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam bidang kewangan atau pengalaman menguruskan syarikat hanya seperti burung kakak tua yang hanya membaca teks tanpa mengetahui makna sebenarnya. Dia adalah khadam paling sesuai bagi DAP.

Saya tidak ingin mengulas secara mendalam mengenai "financial, risk and corporate governance" kerana ianya sesuatu membosankan jika anda tidak meminatinya.

Saya hanya ingin nyatakan bahawa kerajaan DAP-PH sedang membina persepsi buruk terhadap urus-tadbir professional Bumiputera Islam dan membuatkan umat Islam memandang serong mereka. 

Akhirnya, kerajaan DAP-PH akan menggunakan alasan ini untuk menjual aset-aset penting, mengurangkan dividen yang perlu dibayar dan menukar "top management" dengan #bangsaDAP atas alasan xx ketidakcekapan urus-tadbir syarikat.

Siapa yang untung jika kerajaan DAP-PH dapat meneruskan agenda jahat mereka dan siapakah pula yang akan rugi?

KREDIT: Ayob Ahmad

#PHKerajaanSepenggal 👌
#MalaysiaTertipu 👎
#CukupSekali 💪
#Valkyrie 🍿 
Previous
Next Post »
loading...