KUALA LUMPUR - Laman sosial Facebook Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) diserang ribuan komen dari rakyat Malaysia selepas jawatankuasa induk para dunia tersebut menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak.
Rata-rata rakyat Malaysia menunjukkan sokongan serta perasaan bangga terhadap pendirian Malaysia yang melarang atlet para Israel beraksi di kejohanan tersebut walaupun ia secara jelas mengakibatkan negara terlepas peluang untuk menganjurkan acara yang menjadi medan kepada atlet para melayakkan diri ke temasya Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Petang tadi, IPC mengumumkan menerusi satu mesyuarat yang diadakan di London sah mneraik balik status Malaysia selaku penganjur ekoran keengganan Malaysia yang tidak membenarkan atlet renang para Israel mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.
Kira-kira 600 atlet dari 60 negara dijangka akan mengambil bahagian beraksi di kejohanan Renang Para Punia 2019. - Agensi