Get $25 free
loading...

saya amat terhibur dengan Kit Siang - Najib

 Untuk makluman Uncle, PH hari ini sudah kerajaan pusat. 
Sekali lagi, saya amat terhibur dengan Kit Siang hari ini.

Pagi tadi, Uncle janji akan membuat blueprint supaya orang asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang di Cameron Highlands.

Untuk makluman Uncle, PH hari ini sudah kerajaan pusat. 

Tak ada siapa yang boleh menghalang mereka membuat blueprint.

Nak buat yellowprint, redprint atau greenprint ke, pun boleh.

Kalau PH benar-benar ikhlas untuk menghasilkan blueprint untuk orang asli, mereka patut buat sebelum PRK ini dan juga patut buat tanpa mengambil kira PH menang PRK atau tidak.

Ataupun MenHEN ini sedang ugut Orang Asli bahawa PH tidak akan menjaga orang asli dan orang asli tidak akan lagi bertaraf warganegara penuh jika PH kalah PRK?

Wahai Kit Siang,,masyarakat Orang Asli memang sudah warganegara penuh Malaysia.

Oleh itu, calon BN ialah Orang Asli anak tempatan.

Kalau masih tidak puas hati, Kit Siang perlu membuat laporan kepada SPR bahawa BN telah letak seorang bukan warganegara Malaysia sebagai calon ahli Parlimen kita.

Apa hal MenHEN sudah macam menggelabah tak tentu arah baru-baru ini?

Oleh :Najib Razak

Penulis ialah Perdana Menteri Malaysia Ke-6 
Previous
Next Post »
loading...