Get $25 free
loading...

Najib: Uncle Lim gembira dapat jawatan Menteri Hal Ehwal Najib (MenHEN) tapi....

Nampak sangat Uncle amat puas hati dan gembira dengan jawatan barunya.

Buat kerja dengan baik-baik.

Jangan hampakan amanat yang diberikan.

Petang tadi juga, Kit Siang menyeru kepada rakyat untuk tidak undi Najib di Cameron Highlands supaya Malaysia boleh "diSelamatkan."

2018 - Selamatkan Malaysia.
2019 - pun Selamatkan Malaysia?


Berapa kali Malaysia mesti "diSelamatkan"?


Untuk makluman Kit Siang, saya bukan calon untuk PRK Cameron Highlands.

Saya juga bukan Perdana Menteri, presiden BN ataupun presiden UMNO.

Rakyat bukan undi di Cameron Highlands kerana Najib.

Jika PH menang PRK, mereka masih kerajaan pusat. Kalau kalahpun, PH tetap kerajaan pusat.

Jangan cuba nafikan hak demokrasi rakyat untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka tentang janji-janji kosong PH, kos sara hidup semakin meningkat, ekonomi semakin merosot, bantuan dimansuhkan dan sebagainya terhadap kerajaan pusat melalui peti undi.

Rakyat mahu memberitahu PH mereka tidak suka ditipu berkali-kali ataupun diugut.


Rakyat mahu PH tahu mereka tidak suka kerajaan PH kerap menaikkan harga barang seperti harga elektrik, tarif air, harga gas yang sudah dinaikkan mereka selepas menang PRU14.

Rakyat juga marah kerana kerusi parlimen Cameron Highlands dirampas dari BN kerana didakwa memberi rasuah.

Sedangkan PH ditangkap basah memberi duit kepada pengundi (yang dijenamakan semula sebagai "sukarelawan"), menyalahgunakan aset kerajaan.serta melanggar pelbagai undang-undang SPR.

Rakyat marah pada U-Turn demi U-Turn dilakukan kerajaan PH.

Rakyat tahu bahawa sistem dwi-parti penting untuk sebuah demokrasi yang subur.

Rakyat tahu bahawa parti pembangkang yang kuat penting bagi memastikan hak rakyat sentiasa dijaga dan kerajaan PH tidak berterusan menjadi bongkak dan angkuh.


Oleh : Najib Razak

Penulis ialah Perdana Menteri Malausia Ke-6
Previous
Next Post »
loading...