Get $25 free
loading...

Bentuk kerajaan baharu atau bubar Parlimen: Isma

16 Jamadilawal 1440H, Selasa – Pemerintahan mengecewakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi parti tamak haloba, DAP serta bukan Islam, sedang menjurus Malaysia ke arah sebuah negara rasis.

Lebih buruk lagi apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat hampir hilang kawalan sepenuhnya ke atas pemerintahan dan anggota Kabinet, kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, perubahan dasar yang drastik sedang dilakukan untuk kepentingan kaum tertentu, sekali gus menonjolkan semangat anti-Melayu dan Islam membuak-buak, seolah-olah melepas geram yang lama tersimpan.

“Menteri yang paling berkuasa pada masa ini ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Sedang menteri-menteri Melayu yang lain dalam keadaan kebingungan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

“Saya fikir keadaan ini sangat berbahaya kepada negara dalam semua sudut, sama ada politik, ekonomi, perpaduan, keselamatan dan sebagainya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Justeru, beliau menggesa Dr Mahathir supaya memandang serius perkara ini, termasuk menyarankan supaya perdana menteri membubarkan kerajaan sedia ada serta membentuk kerajasama politik baharu yang lebih kuat dan stabil.

Beliau berkata, saranan itu bagi mengelakkan negara terus terjerumus kepada kemerosotan dan huru-hara, sehingga menggugat perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi.

“Atau pun pilihan kedua, beliau boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya yang lebih awal. Beliau perlu melakukan perkara ini segera sementara sihat dan masih memegang kuasa.

“Beliau harus fikir bagaimana senario politik dan masa depan negara jika beliau meninggalkan pemerintahan dalam situasi yang tidak terkawal seperti yang sedang dialami pada hari ini,” katanya. - ismaweb 
Previous
Next Post »
loading...