Get $25 free
loading...

Bubar Parlimen langkah selamatkan tiga cabang utama negara

19 Jamadilawal 1440H, Jumaat – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal mentadbir sosioekonomi negara dengan efektif, malah dilihat mengalami kepincangan dari sudut legislatif, eksekutif dan perundangan.
Peguam merangkap aktivis sosial, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, kepincangan itu akhirnya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, sekali gus menuntut kepada ‘pembersihan semula’ kerajaan melalui pembubaran Parlimen.

“Rakyat ternyata menyedari masalah negara yang dipimpin PH sekarang, rosak serba-serbi baik daripada aspek sosioekonomi, sehinggalah kepada peringkat cabang kuasa negara iaitu legislatif, eksekutif malah kehakiman.
“Semua masalah ini menuntut kepada satu proses transformasi, demi menyelamatkan negara daripada menjadi negara gagal. Ini kerana tiga cabang utama negara iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman kini sudah rosak, dan ini menimbulkan keresahan bukan sahaja di kalangan rakyat, malah pelabur.
“Jadi, langkah ‘pembersihan semula’ perlu diambil. Bubarkan Parlimen, buat pilihan raya baru,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Khairul Azam berkata, ini termasuklah tindakan kerajaan PH melantik Peguam Negara, Tommy Thomas yang disifatkan tidak berwibawa sehingga menjejaskan integriti badan perundangan.
“Kembali kepada apa yang dibuat kerajaan PH sekarang, contohnya melantik Tommy Thomas yang tidak kompeten sebagai Peguam Negara.
“Lihat sahaja di bawah seliaan beliau, ‘rule of law tidak’ dikuatkuasakan dan buktinya ramai tokoh dan aktivis pro-PH yang dahulunya disiasat, kini dibebaskan daripada pertuduhan mereka,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, reputasi institusi kehakiman juga terjejas teruk berikutan video joget ‘twist’ Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang dirakam dalam Majlis Makan Malam Gala Pengamal Undang-Undang 2019 (OLY 2019), sehingga menimbulkan pelbagai tohmahan serta fitnah kepada badan berkenaan.
“Menari itu tak salah, yang salah ialah apabila Ketua Hakim turut serta dan bermesra dengan cabang kerajaan yang lain, dengan peguam persendirian.
“Bila bertindak begitu, nescaya akan wujud persepsi bahawa keakraban hubungan mereka mungkin boleh menjejaskan keadilan, sekali gus mencalari imej institusi kehakiman itu,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, cabang eksekutif juga menjadi pincang semenjak PH mengambil alih kuasa, malah menyifatkan kepincangan itu sebagai ‘zoo negara’.
“Cabang eksekutif pula, mereka masih kekalkan imej sebagai zoo negara. Sebabnya, binatang-binatang (Menteri) yang dahulunya kerja mereka hanya membangkang, sekarang mereka ini dah jadi kerajaan. Malangnya, mereka masih membawa perangai binatang itu dalam kerajaan,” katanya. - ismaweb 
Previous
Next Post »
loading...