Get $25 free
loading...

G3 Tuntut Wujudkan Sekolah Melayu 100%

GAGASAN Tiga (G3) menuntut agar kerajaan mewujudkan semula sekolah Melayu – sama ada namanya sekolah jenis kebangsaan Melayu (SJKM) atau sekolah kebangsaan Melayu (SKM) yang mana para guru serta pelajarnya adalah 100 peratus Melayu.
Tuntutan ini dibuat sejajar dengan perkembangan semasa – kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai DAP bukan sahaja takut untuk menutup sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), sebaliknya memberi lebih banyak peruntukan kepada mereka.
Ini belum termasuk ‘nikmat’ terbaru oleh menteri DAP kepada sekolah persendirian Cina dan kolej swasta berteraskan bangsa itu. (Rujuk http://bit.ly/2H9flxe).
Tuntutan ini bagi membolehkan pelajar Melayu mendapat keadilan yang sewajarnya dalam aspek pendidikan negara kerana, sejak berlakunya pertukaran kerajaan pada 10 Mei yang lalu, sekolah kebangsaan yang rata-ratanya dihadiri pelajar Melayu dan sebahagian kecil pelajar Cina, India dan kaum lain telah ‘dianak-tirikan’ oleh kerajaan PH.
Sebagai contoh, walaupun sekolah kebangsaan mendapat RM250 juta (sekitar 9,000 buah sekolah) berbanding RM50 juta yang dinikmati oleh SJKC (1,298 sekolah) dan SJKT (532 sekolah), namun bilangan sekolah antara ketiga-tiga jenis sekolah ini adalah jauh berbeza.
Ini bermakna setiap sekolah kebangsaan yang rata-ratanya pelajar Melayu hanya mendapat sekitar RM27,778 bagi setiap sekolah tetapi SJKC mendapat RM38,521 bagi setiap sekolah dan SJKT mendapat RM93,985 bagi setiap sekolah.
Ini belum termasuk sekolah persendirian Cina yang mendapat RM12 juta walaupun hanya memiliki 60 buah sekolah sahaja dengan setiap sekolah mendapat sekitar RM200,000.
Walaupun kita cukup sedar dan tahu ada pelajar bukan Cina di SJKC dan SJKT tetapi jumlah tersebut sangat kecil jika dibandingkan dengan populasi masyarakat Melayu di negara ini dan jumlah pelajar Melayu yang ada di SJKC atau SJKT.
Lebih dari itu, kerajaan PH telah memberi jaminan untuk tetap mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), justeru, pelaksanaan sekolah mengikut kaum ini akan memberi keadilan buat pelajar berbangsa Cina yang kini belajar di sekolah kebangsaan. (Rujuk http://bit.ly/2s9Esp0).
Walaupun pahit dan G3 bukan pertubuhan rasis, dengan sikap dan pendekatan kerajaan PH terutama DAP yang terus mengangkat darjat dan martabat dengan memberi peruntuhan tambahan untuk SJKC dan SJKT ini, kita tidak dapat mengelak dari melupakan soal memupuk perpaduan di peringkat sekolah.
Jangan berbicara mengenai soal perpaduan di sekolah jika kerajaan hari ini yang dikuasai oleh DAP mahu ‘membalas budi’ para pengundinya dengan cara memberi lebih banyak peruntukan pendidikan kepada masyarakat Cina, India tetapi ‘menganak-tirikan’ anak-anak Melayu.
G3 juga turut sedih melihatkan perilaku parti-parti komponen dalam PH yang seolah-olah ‘terkedu’ dan hanya mampu angguk kepala melihatkan corak peruntukan sedemikian, seperti mana yang diumumkan oleh menteri DAP pada pembentangan belanjawan yang lalu.
Pada masa yang sama, selain mata pelajaran teras lain, G3 juga mahu kerajaan mewajibkan pengajaran dan kelulusan dalam subjek Jawi di sekolah-sekolah Melayu ini kerana ianya membawa lambang dan identiti masyarakat Melayu di negara ini.
Ia sangat penting dan menjadi satu keperluan kerana tulisan Jawi semakin hilang penggunaannya di negara ini setelah tidak ramai masyarakat yang mampu membacanya, apatah lagi mahu menulis menggunakannya.

Amran Ahmad Nor, Timbalan Pengerusi G3
Ahli Seumur Hidup DAP (Dipecat)
Previous
Next Post »
loading...