Restoran Hotel Hidang Babi
==========
1. Ketika Terengganu berkempen ke arah pemerkasaan hotel patuh syariah, ada yang mencemuh, menilai tindakan tersebut hanyalah langkah politik sahaja.
2. Hari ini akhbar melaporkan tentang kewujudan restoran hotel yang menyediakan hidangan berunsur/berasaskan daging babi di premis mereka. Lebih aneh lagi, mereka turut memiliki sijil halal.
3. Atas dasar itu kita seharusnya melihat kempen pemerkasaan konsep patuh syariah terhadap hotel-hotel ini mestilah diperkasa. Ia bagi merealisasi tuntutan syarak itu sendiri yang mewajibkan muslim memelihara sumber makanan mereka.
4. Makanan yang halal lagi baik bukan sahaja memberikan kesan terhadap peribadi Muslim, bahkan memberikan pengaruh kepada rohani mereka.
5. Ingatkah kita hadith yang menekankan tentang pemakanan halal. Rasulullah menegaskan bahawa makanan turut memberikan kesan kepada doa seseorang.
Rasulullah menceritakan tentang seorang lelaki yang berada dalam keadaan bermusafir, lalu berdoa mengangkat tangan tetapi doanya tidak mustajab. Sabda Nabi: Bagaimana doanya diterima Allah sedangkan makanan dan minumannya adalah daripada perkara haram?"
6. Atas dasar itu, kempem pemerkasaan konsep patuh syariah buat hotel-hotel ini adalah perkara yang mesti disokong. Muslim seharusnya menjadikan elemen "patuh syariah" sebagai kriteria utama pemilihan barangan mereka.
Moga Allah menyatukan hati-hati Muslim.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
#CelahGelegar