Adakah indeks sektor pembuatan paling rendah dalam sejarah ini adalah antara "tanda-tanda baik" untuk ekonomi yang dimaksudkan oleh Guan Eng? |
Indeks Pengurus Pembelian Nikkei (PMI) ini ialah penanda aras kesihatan ekonomi untuk sektor terbesar ekonomi kita terpembuatan dan dinilai setiap bulan.
Indeks PMI ini menjunam lagi ke 46.8 daripada 48.2 pada November. PMI di bawah paras 50 mata menunjukkan penyusutuan.
Indeks ini merekodkan penurunan ketara untuk setiap bulan bagi suku keempat selepas menunjukkan sedikit peningkatan pada September.
“Dengan penurunan pengeluaran, syarikat mengurangkan semula bekalan dan barangan siap, menunjukkan prospek bagi permulaan 2019 mungkin kekal negatif,” kata Joe Hayes, pakar ekonomi di IHS Markit, dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Kaji selidik itu pada awalnya melaporkan bahawa pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September menyebabkan permintaan lemah dalam industri.
Menurut laporan itu juga, kos juga meningkat susulan nilai ringgit menyusut dan kos bahan mentah lebih tinggi.
Untuk rekod, indeks PMI yang sama ini di bulan Novermber akhir tahun 2017 ialah pada tahap paling tinggi di dalam 43 bulan di bawah kerajaan BN.
Kini, sektor terbesar ekonomi negara kita pada tahap paling lemah dalam sejarah. Harga minyak dunia jatuh. Harga sawit rendah. Tiada lagi GST untuk membiayai hasil kerajaan seperti dahulu.
Adakah ini juga petanda bahawa banyak lagi cukai tersembunyi dari kerajaan PH akan muncul tidak lama lagi untuk senyap-senyap tibai kita?
Mungkin indeks sektor pembuatan paling rendah dalam sejarah ini adalah antara "tanda-tanda baik" untuk ekonomi yang dimaksudkan oleh Guan Eng dalam perucapan dia semalam?
Apa-apa pun, saya berdoa untuk ekonomi negara tidak jatuh ke dalam kemelesetan ataupun krisis ekonomi dalam tahun ini.
Oleh : Najib Razak #CelahGelegar