Get $25 free
loading...

Shahidan Kassim kunci mulut tentang langkah seterusnya

Ketua BN Perlis tidak mahu mengulas spekulasi mengatakan dia akan bertemu Dr Mahathir untuk menyertai kerajaan PH.

Shahidan berkata sebarang langkah yang diambil demi rakyat.

PETALING JAYA: Ketua Barisan Nasional Perlis Tan Sri Shahidan Kassim enggan mengesahkan spekulasi akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak akan dedahkan langkah saya seterusnya. Sebarang langkah yang saya ambil bukan untuk diri sendiri tetapi demi rakyat.

“Keutamaan ialah rakyat,” katanya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kepada FMT.

Shahidan menang kerusi Parlimen Arau, dan diminta mengulas spekulasi di Twitter oleh seorang pengguna bernama Farhan Ghz, yang mendakwa ada spekulasi mengatakan Shahidan dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan bertemu Dr Mahathir kerana mahu menyertai kerajaan PH.

Farhan berkata sebab untuk langkah yang didakwa itu kerana kerajaan Perlis tidak mampu mentadbir negeri tanpa kerajaan persekutuan.

Azlan yang menang DUN Bintong enggan mengulas spekulasi itu.

Pada pilihan raya umum ke-14, PH dan PAS berjaya memecahkan monopoli BN di Perlis, apabila memenangi 1 kerusi Parlimen dan 5 DUN.

Daripada keseluruhan 15 DUN, 10 dipegang BN, 3 ditangan PH dan 2 di tangan PAS.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...