Jika membicarakan tentang dana politik, antara yang menarik untuk diperkatakan adalah bagaimana DAP hanya mendiamkan diri apabila disentuh mengenai sumbangan dana RM 1.2 bilion dari Israel yang telah didedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman.
Sejak pendedahan “berani mati” yang dibuat oleh Razali, hanya penafian sahaja yang mampu dibuat oleh DAP. Malah, ugutan DAP yang mahu menyaman Razali juga sehingga kini masih belum dibuat oleh parti berkenaan.
Sedar atau tidak, sudah setahun masa berlalu dan DAP masih lagi gagal memberikan jawapan tentang pendedahan yang dibuat oleh Razali ini. Mereka begitu sibuk berbicara tentang isu-isu negara sedangkan persoalan mengenai sumbangan dana RM 1.2 bilion dari Israel ini, terbiar tanpa jawapan.
DAP lebih senang untuk membiarkan persoalan mengenai dana itu hanyut ditelan masa tanpa memberikan apa-apa jawapan tentang perkara itu.
Disebalik segala persoalan mengenai dana berkenaan masih menimbulkan tandatanya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut terpalit dengan skandal penyalah gunaan kuasa. Itupun DAP masih cuba untuk mengelak dari mengakui kesalahan mereka.
Jadi tidak hairanlah apabila DAP juga cuba menggunakan helah yang sama jika berbicara tentang sumbangan dana dari Israel ini. Mungkin bagi mereka, ia adalah rahsia parti yang tidak harus dihebahkan kepada umum.
Namun, jika melihat kepada slogan DAP sendiri yang sentiasa mengamalkan ketelusan dalam segenap perkara, kredibiliti DAP dalam isu ini boleh dipersoal. Kenapa DAP enggan memberikan jawapan yang konkrit berhubung isu ini? Kenapa tiada langsung tindakan perundangan dikenakan terhadap Razali, individu yang mendedahkan skandal ini?
Apa yang pasti, DAP sendiri tiada jawapan untuk menafikan sebarang sumbangan yang mereka terima daripada Israel. Mereka lebih senang mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu-isu lain sedangkan skandal sendiri dibiarkan begitu sahaja.
Inilah wajah sebenar DAP. Mereka akan cuba sedaya upaya melindungi atau merahsiakan sebarang perkara yang boleh merosakkan parti mereka. Namun, mereka akan tampil kehadapan andai mereka menghidu peluang untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Sampai bila rakyat harus menunggu jawapan DAP berhubung sumbangan dana dari Israel ini?
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
