Get $25 free
loading...

Skandal air Sabah: Bekas pengarah, isteri dan penasihat didakwa

Tiga tertuduh itu mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta dalam bentuk tunai dan simpanan bank, selain memiliki barangan mewah.

http://ift.tt/2isYS6C 550w, http://ift.tt/2ijMetc 218w" width="648">

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah bersama isteri serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan negeri mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta dalam bentuk tunai serta simpanan bank serta memiliki barangan berjenama mewah secara menyalahi undang-undang.

Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 12 kesalahan melakukan penyelewengan dana infrastruktur berjumlah RM56.9 juta dan memiliki pelbagai jam tangan serta kenderaan mewah yang menyalahi undang-undang.

Beliau juga mengaku tidak bersalah bersama isterinya, Fauziah Piut, 51, atas 2 pertuduhan memiliki barangan kemas secara tidak sah, manakala Fauziah juga menghadapi 19 pertuduhan lain, memiliki barangan kemas dan beg mewah serta mempunyai simpanan RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.

Penasihat teknikal dan kejuruteraan, Lim Lam Peng, 62, yang digantung tugas, memohon dibicarakan atas 3 pertuduhan memiliki wang tunai RM2.38 juta dan memiliki kenderaan mewah secara tidak sah.

3 suspek rampasan tunai Sabah didakwa esok, kata sumber


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...