Get $25 free
loading...

Sebelum Temuduga, Bakal Majikan Dah ‘Stalk’ FB

Pada zaman moden yang serba canggih ini, laman sosial seolah-olah sudah menjadi satu keperluan untuk orang ramai mendapatkan maklumat selain berhubung dengan rakan-rakan.Jadi dipendekkan cerita, tak kira tua atau muda, pasti memiliki sekurang-kurangnya satu laman sosial. Kalau di Malaysia, laman sosial yang popular adalah Facebook.

Dengan menggunakan Facebook sahaja, kita dapat lihat maklumat seseorang termasuk keperibadiannya berdasalkan posting yang dimuat naik mengenai keluarga, tempat tinggal, minat, isu yang diambil berat dan sebagainya.

Yang lebih memburukkan keadaan, sekiranya, terdapat pengguna Facebook yang ‘tidak kisah’ untuk meluahkan masalah personal buat tontonan umum.

Walau bagaimanaun, tahukah anda bahawa apa sahaja maklumat yang anda kongsi dan tulis sebenarnya boleh menjerumus kepada musibah.

Bukan sahaja boleh distalk oleh pelayar internet yang mempunyai niat tidak baik tetapi juga bakal majikan anda! Haa.. terkejut bukan?

Itulah pengalaman yang dialami oleh seorang lelaki Irwan Dahnil ini ketika ditemuduga.

“Hari interview aku pakai baju suit bertali leher. Hensem. Berdebar, masuk dengan yakin, salam dan dipersilakan duduk. Depan aku ada seorang profesor, seorang manager dan seorang specialist” kata Irwan.

“Intro lebih kurang, profesor tu toleh ke komputer. Belum sempat cerita buka mulut, nampak akaun FB aku sudah terpapar di skrin. Ohoi!” katanya.

“Rupanya blog aku pun dia sudah baca. Siap tekan butang translate. Rupanya profil aku sudah di skrin awal-awal. Paling tidak tahan, nama aku siap di Google lagi. Terasa ‘ditelanjangkan’” katanya lagi.

Ianya sangat mengerikan beb kalau jadi pada kita!

Jadi, pesan Izwan berhati-hatilah dengan apa sahaja perkara yang ingin kita kongsi menerusi laman sosial kerana ianya melambangkan peribadi kita.

-pru14.tv-



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...