Get $25 free
loading...

Muhyiddin Mahu Jadi Kambing Yang Halal Atau Anjing Yang Haram

“Perdana Menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baharu (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi,” Mahathir

Secara jelasnya bahawa setiap Perdana Menteri yang bakal dilantik tidak diberikan kuasa sepenuhnya untuk membuat keputusan berkaitan dengan pentadbiran. Setiap keputusan yang  dibuat seharusnya merujuk kepada pengerusi dan  presiden parti telebih dahulu.

Dengan secara tidak langsungnya , disini kita dapat melihat bagaimana  sistem “boneka” yang bakal menjadi amalan PPBM jika meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri boneka ini akan dipergunakan oleh presiden parti bukan untuk kepentingan rakyat tetapi hanya kepentingan diri sahaja.

Ini bermakna Tun Mahathir sudah membayangkan beliau mahu menguasai perdana menteri daripada PPBM (Muhyiddin) atasan alasan tidak mahu perdana menteri membuat keputusan sendiri tetapi mesti mendapat nasihat dari pengerusi parti iaitu beliau sendiri.

Dengan mencadangkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, beliau semata-mata mahu memastikan Mukhriz akan dapat memegang jawatan kanan dalam kerajaan baru yang dicadangkan. Jika Muhyiddin dapat menjadi Perdana Menteri, maka beliau akan mencalonkan Mukhriz sebagai No. 2.

Tindak tanduk yang dilakukan oleh Mahathir adalah  tidak ubah seperti  langkah-langkah yang telah diambil  dengan sistem yang diamalkan parti komunis China yang mana mengamalkan sistem boneka dalam pemerintahan.

Pendek kata, Perdana Menteri tidak bebas dan menjawab kepada Pengerusi parti yang mengatasi Jemaah Menteri sebagaimana Pengerusi Mao (Tse-tung) menguruskan China selama 31 tahun. Ini lah strategi yang diidamkan oleh Mahathir terhadap Najib yang mana sentiasa mengikut telunjuk dan nasihat Mahathir.

Namun harapan untuk menjadi orang yang berkuasa ke atas Perdana Menteri yang disandang oleh Najib tidak kesampaian bila mana Najib telah menolak setiap cadangan dan pandangan yang dilihat hanya merugikan rakyat marhaen.

Pertentangan pendapat dan pandangan ini telah menjurus kepada satu penentangan yang hebat dan bertali arus oleh Mahathir sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP yang amat dibencinya satu ketika dahulu.

Sejarah tidak pernah membohongi sesiapa malah sejarah itu petunjuk kepada kejadian yang sebenarnya, Tengku Abdul Rahman merupakan bekas presiden parti, begitu juga Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tetapi apabila mereka bersara sebagai presiden parti mereka tidak merancang untuk menggulingkan Perdana Menteri atau melakukan perkara-perkara yang akan memusnahkan parti. Tetapi berlainan hal nya dengan tindakan Mahathir yang mana telah bersara dan apabila agendanya terhalang, dia akan musnahkan apa sahaja termasuk parti yang satu ketika dahulu amat disayanginya.

Bagi UMNO pula , sikap sopan dan menghormati masih ada lagi terhadap Mahathir, tetapi semakin dihormati semakin galak orang tua ini mencabar kesabaran orang UMNO. Pemimpin-pemimpin ini masih bersikap sopan dan beradab.

Mereka sebenarnya tidak memberitahu orang tua itu didepan. Di belakang Mahathir yang mereka katakan bahawa dia sepatutnya bersara dengan tenang dan bermaruah dan tidak terus melakukan perkara yang membodohkan dirinya seperti pepatah melayu menjadi anjing menyalak bukit.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...