Tiga persoalan undang-undang dengan kepentingan awam difailkan untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes hasutan, kata peguam.
PUTRAJAYA: Permohonan kebenaran rayuan oleh kerajaan bagi menggembalikan peruntukan dalam Akta Hasutan untuk menyekat kebebasan bersuara, akan didengar Mahkamah Persekutuan pada 21 Februari.
Peguam Persekutuan Nurul Aini Yahaya berkata tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Nurul Mardiah Mohammed Redza hari ini.
Mahkamah akan mendengar permohonan kebenaran kerajaan untuk merayu terhadap keputusan 25 Nov yang mengisytiharkan Seksyen 3 (3) Akta melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Seksyen 3 (3) menyatakan pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan niat tertuduh dikatakan membuat ucapan atau kenyataan menghasut.
“Kami memfailkan 3 persoalan undang-undang yang mempunyai kepentingan awam untuk membolehkan kami mendapatkan kebenaran,” katanya kepada pemberita.
Peguam Raul Lee Baskaran mewakili Adun PKR Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei memfailkan pengisytiharan undang-undang Seksyen 3 (3) sebagai tidak berpelembagaan.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Varghese George yang membacakan keputusan itu, berkata tertuduh didakwa mengikut Akta Hasutan akan berhadapan diskriminasi kerana pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan niat untuk mewujudkan kesnya.
Beliau berkata ia akan menyebabkan pendakwaan terpilih, penghinaan kepada hak hak warganegara di sisi Perlembagaan untuk mendapat layanan dan perlindungan secara saksama di bawah undang-undang.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Mat Shuhaimi mendapati tindakannya adalah satu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah.
Adun PKR itu didakwa menghasut pada 2011 berdasarkan catatan di blognya mengenai pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor ketika itu, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang sebelum ini gagal membatalkan pertuduhan itu atas alasan Perlembagaan.
Kerajaan akan rayu keputusan Mahkamah Rayuan mengenai Akta Hasutan
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
