Get $25 free
loading...

Ibu Dibunuh Kerana Anak Berhutang Dadah

Akibat anak berhutang dadah sebanyak RM30,000, seorang wanita warga emas maut dalam kejadian samun dan bunuh di Kampung Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai, Isnin lalu.

Datuk Dr Ab Rahman Ismail, Ketua Polis Kelantan menyatakan bahawa penahanan anak mangsa berusia 35 tahun pada Selasa lalu, berjaya membantu polis merungkai kes kematian warga emas berkenaan di rumahnya.

“Setelah berjaya menahan anak tunggal mangsa, polis kemudian menahan seorang rakannya berusia 25 tahun pada Rabu lalu, di sebuah kedai kopi di Kuala Krai” katanya.

“Suspek kedua mendedahkan, terdapat dua lagi individu terlibat dalam kejadian tersebut” katanya lagi.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat siasatan sua orang suspek kejadian dikatakan sedang mengesan anak tunggal mangsa untuk diculik kerana gagal melangsaikan hutang berkaitan dadah itu.

Jelasnya, sepasukan polis berjaya mengesan dan menyerbu tempat persembunyian dua suspek utama kes pembunuhan berkenaan, namun kedua-dua suspek berjaya melarikan diri dan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) digunakan untuk mengesan mereka.

“Pemeriksaan di lokasi turut membawa penemuan sebuah khemah, komponen motosikal jenis Yamaha RXZ yang dilarikan pada Isnin lalu, kain tudung dan sekeping kad pengenalan milik seorang suspek berusia 22 tahun” jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, pihak polis percaya mereka mampu menyelesaikan kes berkenaan dalam jangka masa terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...