Get $25 free
loading...

Video : Cristiano Ronaldo Beri Kata-kata Semangat Kepada Anak-anak Di Syria

Baru-baru ini, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil memberi sumbangan kepada mangsa peperangan di Aleppo.Save The Children menyatakan sumbangan yang diberikan oleh pemain Portugal itu akan diberikan dalam bentuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada keluarga di Aleppo.

“Ini adalah untuk anak-anak di Syria” kata Ronaldo dalam satu video yang dimuat naik di akaun sosial medianya semalam.

“Kami tahu kamu semua telah menderita selama ini. Saya mungkin pemain yang terkenal, tapi kamu adalah hero sebenar. Jangan hilang harapan. Dunia bersama kamu. Kami ambil berat terhadap kamu. Saya bersama kamu” katanya lagi.

Dalam satu kenyataan, Nick Finney, Pengarah Save the Children menyatakan bahawa beliau berterima kasih atas sumbangan pemain terbaik dunia itu.

“Sumbangan Ronaldo akan bantu kami untuk membantu kanak-kanak dari Aleppo dan di Syria yang mengalami penderitaan yang tidak sepatutnya ditempuh oleh kanak-kanak” katanya Nick.

“Ronaldo bukan sahaja ikon sukan berpengaruh, tetapi turut menjadi harapan kepada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia – dan harapan adalah apa yang kanak-kanak di Syria perlukan sekarang” katanya lagi.

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...