Langkah terbaik bagi meningkatkan pendapatan 60 peratus golongan berpendapatan terendah adalah dengan membuat reformasi ekonomi, terutamanya melibatkan tiga sektor, iaitu perumahan, pengangkutan awam dan kesihatan.-Ahli Parlimen Kluang
Ketiga-tiga perkara diatas telah pun diberikan keutamaan oleh kerajaan yang memerintah sekarang ini. Bukan setakat berjanji sebagaimana DAP lakukan sejak 10 tahun yang lalu, namun apa pun tidak dapat dilaksanakan .
DAP apabila rakyat menuntut janji-janji yang telah diucapkan sebelum memenangi pilihanraya berbagai alasan telah diberikan terutama dalam isu perumahan rakyat yang mana sehingga kini tidak pernah dapat dilaksanakan.
Bercakap mengenai keperluan rakyat, kerajaan sedia ada sentiasa peka dan berbagai langkah telah diambil untuk memberikan keselesaan kepada rakyat. Transfomasi dasar perumahan Negara telah dilancarkan dengan menambah bilangan rumah mampu milik yang mampu dimiliki oleh rakyat.
Begitu juga dengan keperluan kesihatan untuk rakyat, rakyat diluar Bandar atau dipendalaman tidak pernah dilupakan, klinik 1 Malaysia, Bot Klinik 1 Malaysia disediakan untuk rakyat pendalaman Sabah dan Sarawak.
Dalam memastikan pergerakan ekonomi berjalan lancar, transformasi sistem pengangkutan awam darat juga telah dipertingkatkan secara berperingkat. Subsidi kepada syarikat bas yang menjalankan perkhidmatan dikawasan yang tidak menguntungkan diberikan oleh kerajaan.
Di bandar-bandar pula perkhidmatan bas, MyBas dan juga sistem tren di naiktarafkan sebagai satu sistem pengangkutan yang terbaik dan baru-baru ini perlancaran MRT oleh Perdana Menteri juga telah dilakukan.
Mungkin Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong tidak sedar atau sengaja tidak mahu mengakui bahawa kerajaan telah dan sedang melakukan transformasi di ketiga-tiga sektor tersebut. Jika tidak mana mungkin seorang Ahli Parlimen boleh mempersoalkan isu berkaitan.
Kerajaan sedar bahawa sebahagian besar 60 peratus golongan berpendapatan terendah sekarang telah boleh mengerakkan ekonomi mereka serta menikmati program kesihatan yang terbaik dari kerajaan. Penambahbaikan ketiga perkara tersebut telah pun menjadi agenda utama kerajaan dan memastikan rakyat mempunyai jaluran perhubungan yang baik disamping akan menjana ekonomi rakyat bawahan.
Dengan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, golongan tersebut mampu mengecapi kualiti kehidupan yang lebih baik. Malah, pendapatan boleh guna mereka dapat ditingkatkan dengan kemudahan jaluran pengangkutan yang selesa dan mudah serta murah.
Hal ini akan memberi kesan positif terhadap perkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya. Kerajaan telah sedar dan melihat kekurangan tersebut sejak DS Najib mengambil alih pemerintahan Negara.
Pada masa sama, Pengerusi DAP Johor itu harus sedar bahawa DAP dan syarikat berkaitan kerajaan negeri DAP tidak wajar bersikap buas menjual rumah kepada rakyat yang kaya serta meminggirkan rakyat marhaen atas dasar keuntungan semata-mata.
Sebaliknya mereka harus bertindak dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab untuk menyediakan perumahan yang mampu dan selesa untuk rakyat marhaen dan bukan menyediakan kondo atau apartment yang bernilai jutaan ringgit yang mana tidak mampu dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah.
Ironinya, antara pemaju yang berada pada ‘ranking’ tertinggi membuat keuntungan menerusi projek hartanah adalah syarikat berkaitan kerajaan DAP. Selama pemerintahan DAP berapa banyak kah projek untuk kesejahteraan rakyat yang telah dilaksanakan oleh DAP? Jawapannya tidak ada satupun malah kebanyakan projek tersebut hanya berstatus kemesial.
Ahli Parlimen DAP ini harus membuka mata dan membuat perbandingan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan apa yang telah dilaksanakan oleh DAP untuk rakyat. Masalah banjir dan juga kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang sepatutnya telah diselesaikan lebih awal lagi jika DAP mementingkan kesejahteraan rakyat dan itu dijadikan keutamaan.
Dwi sistem dalam aspek kesihatan ini adalah pilihan kepada rakyat, rakyat yang mampu berbelanja lebih akan memilih perkhidmatan hospital swasta dan bagi rakyat yang yakin dengan kepakaran hospital kerajaan akan terus menggunakan kepakaran dengan kos yang amat rendah.
Merujuk kata-kata Ahli Parlimen DAP ini yang disifatkan hanya bercakap tanpa memikirkan taraf dan kemampuan rakyat, Jika seorang rakyat biasa mana mungkin mampu menggunakan perkhidmatan kesihatan swasta yang mana kos yang amat mahal.
Ayat dibawah ini sekali gus telah menyanggah bahawa kos sara hidup yang di isukan oleh DAP hanya retorik. Jika rakyat tidak mampu bagaimana harus terus meminjam untuk mendapatkan rawatan sedangkan kerajaan telah meyediakan perkhidmatan murah dengan kepakaran di hospital kerajaan.
“Meskipun pahit, kita terpaksa menelan hakikat terdapat rakyat berpendapatan rendah yang terpaksa membuat pinjaman untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.
“Kesannya, komitmen bayaran balik pinjaman tersebut sudah pasti memakan tahun. Hal ini memberi kesan penyusutan kepada pendapatan boleh guna isi rumah,” ujarnya.
Mengenai pemberian BR1M kepada rakyat marhaen, semua pemberian tersebut adalah disebabkan keprihatinan kerajaan terhadap saranan yang telah dibuat oleh pihak pembangkang melalui Ketua Umum mereka satu ketika dahulu.
Kerajaan telah disarankan agar berkongsi hasil pendapatan Negara bersama rakyat, Maka pelbagai inisiatif diwujudkan oleh kerajaan untuk berkongsi hasil Negara termasuk BR1M untuk dinikmati oleh rakyat.
Memang diakui bahawa pemberian saguhati seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanlah penyelesaian ampuh kepada kemelut kewangan yang menimpa 60 peratus golongan berpendapatan terendah tetapi ianya tidak lebih sebagai perkongsian hasil Negara bersama rakyat.
Apabila Pakatan Rakyat pada 2011 tampil dengan pakej reformasi ekonomi yang mahu menjaga kebajikan sosial rakyat terbawah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi respon dengan melancarkan BR1M.
Penentangan pembangkang terhadap BR1M ini bukan kerana ianya tidak memberikan faedah kepada rakyat akan tetapi kaedah perkongsian tersebut telah dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada. Kaedah yang sama juga dalam pemberian air percuma oleh pembangkang kepada rakyat dilihat juga sebagai saguhati kepada rakyat.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
