Get $25 free
loading...

Along Cham Temui Cinta Baru?

Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Best FM, Along Cham kini nampaknya seolah-olah sedang dilanda demam cinta.  Jika benar apa salahnya kerana Along pun sudah bergelar duda.  

Melihat di Instagram Along, MH Online tertarik dengan sekeping gambar yang menimbulkan tanda tanya iaitu gambar seorang perempuan sedang mengetip kuku seorang lelaki yang

dipercayai kuku Along.  Wanita tersebut mungkin teman baru Along.  

Lebih menguatkan gosip apabila rakan sepasukannya Zairi Best FM turut memberikan ucapan tahniah.  Sudah pastilah, sebagai orang yang selalu bersama Along, tahu sedikit sebanyak kisah cinta Along ini.  

Ditanya pada tuan punya badan sendiri, Along tidak memberikan jawapan dan masih teka-teki.  

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bercerai dengan penyanyi Zila Seeron  talak satu secara sah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling bulan Ogos lalu.

Bagaimanapun sama-samalah kita nantikan pengumuman daripada Along sendiri berita gembira tersebut.



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...