“Bertindak atas laporan tersebut, polis yang menjalankan siasatan telah dapat mengesan pemilik akaun laman sosial berkenaan yang disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam. Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak harmoni” jelasnya pada sidang media hari ini.
Menurut beliau, pihak polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan. Tambahnya lagi, pihak polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap wanita itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi media sosial bagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan melukakan perasaan penganut agama lain.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini

Tamat Mengecewakan, Rating The Potato Lab Cipta ...

Ini Produk Nissan & Nismo Untuk 2025 Dari Ja ...

Hylm Lancar Tiga Warna Baharu Yamaha Y16zr Abs 202 ...

#hiburan: Anggota Tentera Tumbuk Wanita Tidak Diga ...