Get $25 free
loading...

Tak Berasas, 'Bantah TPPA' Terlebih Risau, Kata Wahid Omar

KUALA LUMPUR: Kerisuauan penganjur Sidang Kemuncak (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) TPPA dengan mengatakan pelaksanaan dasar ekonomi tersebut bakal menggadai kedaulatan negara tidak berasas sama sekali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, Malaysia terlibat dalam rundingan TPPA sejak awal lagi dan penerangan mengenai dasar negara kepada wakil-wakil negara lain telah dijalankan sebelum rundingan tersebut dibuat lagi.

"Ini termasuk pengiktirafan polisi Bumiputera dalam perjanjian TPP. Perkara ini tercapai kerana Malaysia telah menyertai rundingan awal. Sekiranya Malaysia tidak termasuk dalam senarai 12 negara awal TPP, Malaysia akan terpaksa menerima terma-terma perjanjian sedia ada kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wahid yang hadir sebagai perserta sidang anjuran Bantah TPPA dan Kongres Rakyat di Shah Alam baru-baru ini cuba untuk menjelaskan kandungan rundingan TPPA namun tidak dibenarkan penganjur.

".. setelah panel selesai membuat pembentangan, saya telah memohon untuk bercakap dan memberi sedikit pencerahan. Malangnya permintaan saya ditolak atas sebab kesuntukan masa.

"Setelah beberapa kali mengulang permintaan, akhirnya saya akur dengan keputusan penganjur. Kita perlu hormat majlis orang," ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Wahid, hasrat Malaysia menyertai TPPA kerana mempercayai manfaat yang bakal dinikmati dengan mengembangkan saiz pasaran domestik penduduk tempatan 31 juta orang kepada 800 juta orang menerusi penduduk anggota TPPA.

"Dengan menyertai TPP, saiz pasaran akan lebih meluas lagi dengan jumlah penduduk 800 juta dan saiz KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) USD27.5 trillion iaitu 40% daripada saiz ekonomi dunia," katanya.

Tambah beliau, kerajaan menerusi Institut Kajian Strategi & Antarabangsa (ISIS) melakukan Analisa Kepentingan Nasional dan Price Waterhouse Coopers (PWC) membuat kesimpulan bahawa TPPA bakal melonjak KDNK negara kepada 0.6% hingga 1.15%, memberi peluang pekerjaan lebih meluas dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memberi jaminan bahawa Malaysia hanya akan memeterai TPPA diatas terma-terma yang boleh diterima negara.

"Kerajaan akan membentangkan perjanjian TPP untuk kelulusan Dewan Rakyat pada 26 dan 27 Januari dan Dewan Negara pada 28 Januari.

"Apa juga kegelisahan atau kebimbangan boleh diutarakan oleh ahli-ahli parlimen dan akan dijawab oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed pada sesi Parlimen tersebut," ujarnya lagi.


-mD

 

Previous
Next Post »
loading...