- Details
- Published on Monday, 11 January 2016 10:53
Gambar hiasanKUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus menurun berbanding mata wang dolar AS dalam dagangan awal pagi susulan kekurangan minat daripada pelabur, kata peniaga.
Dalam dagangan jam 9 pagi, ringgit didagangkan lebih rendah kepada 4.4070/4150 berbanding prestasinya Jumaat lalu 4.3800/3900.
"Sentimen negatif minggu lalu kelihatannya merebak ke sesi dagangan pagi ini dan pelabur kini beralih kepada emas sebagai aset lindung nilai," katanya.
Beliau berkata, pasraan juga menunggu langkah Bank Pusat China untuk mewujudkan kadar rujukan renmimbi yang dijangka diumumkan hari ini.
Ringgit lemah berbanding dolar Singapura pada 3.0606/0670 berbanding Jumaat lalu 3.0472/0550 dan jatuh berbanding pound British kepada 6.4003/4141 berbanding 6.4014/4182.
Bahkan mata wang tempatan itu turut terus ditekan berbanding yen kepada 3.7618/37703 berbanding 3.6993/6093 dan euro, yang menurun 4.8151/8256 berbanding 4.7611/7737.
- BERNAMA
