Get $25 free
loading...

Perodua Axia Dijual RM231,827 Di Singapura

KUALA LUMPUR: Perodua secara rasminya memasuki pasaran Singapura menerusi pengedar rasminya, Perocom Auto dan sebagai langkah promosi, syarikat tersebut memperkenalkan model terbarunya, Axia, di Singapura.

Portal automotif negara melaporkan, Axia dijual dengan harga SGD 75,888 atau RM231,827 bagi model Advance transmisi auto berbanding hanya antara RM41,967 - RM42,377 di Malaysia.

Perkara ini bukanlah mengejutkan kerana Singapura mengenakan peratuan ketat bagi pemilik kenderaannya ekoran keluasan negara tersebut yang kecil.

Penetapan harga Axia di Singapura adalah termasuk dengan nilai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Singapura dan Sijil Hak Milik (COE) yang menyebabkan harga kenderaan tersebut meningkat berkali ganda.

Walaubagaimanapun, pembeli boleh mengurangkan lagi harga tersebut sebanyak SGD17,000 atau RM51,925 sekiranya mendaftar kenderaan untuk kegunaan - bukan waktu puncak.

-mD

Previous
Next Post »
loading...