- Details
- Published on Sunday, 10 January 2016 20:52
SHAH ALAM - "Saya sedang menjalani proses penyembuhan dengan baik dan terima kasih atas ingatan. Kita akan berjumpa nanti," demikian ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika membalas Tweet yang disampaikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Semalam, Hsien Loong menyatakan harapan supaya Najib segera sembuh dari pembedahannya.
Najib dilaporkan menjalani pembedahan kecil untuk membuang ketumbuhan kecil pada tangan kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Hsien Loong dalam laman Twitter beliau berkata: "Gembira apabila mengetahui bahawa tuan selamat menjalani prosedur hari ini. Berharap semoga tuan segera sembuh dan dapat berjumpa tuan tidak lama lagi. - LHL ".
Sementara itu, Hospital Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri menjalani pembedahan itu sebagai pesakit luar dan telah pulang ke rumah untuk berehat.
- Sinar Harian
