- Details
- Published on Thursday, 14 January 2016 16:24
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menahan sebak mengenangkan ayahandanya ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak Hussein, di sini, hari ini.
Perdana Menteri pada akhir ucapannya, berkata bapanya layak digelar 'Bapa Pembangunan' kerana sudah menyerahkan seluruh jiwa raga kepada negara sepanjang khidmatnya sebagai ketua kerajaan.
"Hidupnya hanya untuk tanah air ini. Hari ini sempena 40 tahun pemergiannya saya sebagai anak beliau menyatakan rasa bangga dan saya setiap hari saya bekerja keras untuk meneruskan kegemilangan itu.
"Beliau adalah contoh terbaik bagi saya dan sumber inspirasi seluruh rakyat," kata beliau dalam nada tersekat-sekat kerana menahan sebak.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
-Harian Metro