Get $25 free
loading...

Letupan Jakarta: 3 Pengebom Letupkan Diri - Saksi

JAKARTA: Sekurang-kurangnya tiga pengebom nekad meletupkan diri mereka di kafe Starbucks di sini manakala dua lelaki bersenjata menyerang pondok polis berdekatan, kata saksi.

Stesen televisyen tempatan, TVOne, melaporkan tiga lagi letupan berlaku di kawasan lain di bandar raya berkenaan.

Sekurang-kurangnya seorang anggota polis terkorban selain pengebom berkenaan.

Letupan pertama menyebabkan tembak menembak di antara penyerang dan skuad polis anti-pengganas dan tembakan boleh didengari selama lebih sejam setengah kemudian.

Seorang pengawal bank, Tri Seranto, berkata, beliau nampak sekurang-kurangnya lima penyerang termasuk tiga pengebom nekad yang meletupkan diri mereka di dalam Starbucks.

Katanya, dia berada di atas jalan apabila ternampak tiga lelaki memasuki Starbucks dan menyaksikan mereka meletupkan diri seorang demi seorang.

Beliau berkata, dua lagi penyerang dengan membawa senapang memasuki pondok polis apabila dia terdengar tembakan.

Katanya, dia kemudiannya nampak seorang anggota polis mati dan tiga orang cedera parah.

Katanya, dia tidak mengalami kecederaan ketika letupan tidak jauh dari tempatnya berdiri tetapi cukup untuk menyaksikan kejadian ketika serangan kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan. Katanya, dua lelaki bersenjata melarikan diri ketika polis mengejar mereka.

- AP

Previous
Next Post »
loading...