Get $25 free
loading...

Lelaki Maut, Rakan Wanita Parah Ditembak Di Sibu

Seorang lelaki maut manakala rakannya parah ditembak dari jarak dekat di sebuah restoran di Jalan Lanang di sini malam tadi. Gambar: Berita HarianSeorang lelaki maut manakala rakannya parah ditembak dari jarak dekat di sebuah restoran di Jalan Lanang di sini malam tadi. Gambar: Berita HarianSIBU: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah ditembak dari jarak dekat di sebuah restoran di Jalan Lanang di sini malam tadi.

Ting Meng Min, 30, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, manakala wanita warga China, dikenali sebagai Xiao Fen, parah dan keadaannya dilaporkan stabil.

Difahamkan, sejurus mangsa bersama tiga rakan tiba di restoran itu, mereka dihampiri sebuah pacuan empat roda sebelum beberapa individu di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah kumpulan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi, berkata polis sedang menyiasat untuk mengenalpasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Katanya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada persaingan perniagaan dan perebutan kawasan membabitkan kumpulan kongsi gelap.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran, kita sudah mengenalpasti kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux digunakan penjenayah. Usaha mengesan kenderaan itu sedang dilakukan," katanya.

Rakaman CCTV ketika kejadian juga menjadi viral di media sosial.

Video berdurasi 17 saat itu bagaimanapun hanya menunjukkan visual ketika mangsa ditembak tanpa ada sebarang imej penembak.

 

 

 

 

--Berita Harian

Previous
Next Post »
loading...