Get $25 free
loading...

JAKIM Cadang Tubuh Majlis Halal Malaysia

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) akan mencadangkan penubuhan Majlis Halal Malaysia bagi menyatukan kerjasama kementerian dan agensi berhubung industri halal di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, cadangan penubuhan majlis berkenaan akan dibawa beliau ke Kabinet.

"Dengan adanya majlis ini, kita dapat diduduk semeja membincangkan perkara berkait dengan industri halal misalnya, dari segi kesihatan bersama Kementerian Kesihatan atau berbincang bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenai pengimportan daging dari luar negara.

"Kerjasama daripada kementerian dan agensi lain penting kerana JAKIM lebih memfokuskan dari segi halal manakala, bahan digunakan dalam sesuatu produk dan makanan memerlukan perbincangan dengan pihak lain," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pendaftaran Program Transformasi dan Globalisasi Bumiputera Dalam Industri Halal.

- Harian Metro

Previous
Next Post »
loading...