Get $25 free
loading...

Hefner Tawar Jual Rumah Agam Playboy RM884 juta

..

Rumah Agam Playboy yang dikenali kerana penganjuran parti liar paling hebat di Amerika Syarikat, ditawarkan untuk dijual pada harga AS$200 juta (RM884 juta).

Kediaman pengasas majalah lucah, Hugh Hefner, 89, itu akan disenaraikan bulan depan, menurut laman web selebriti TMZ.

Playboy Enterprises meletakkan harga AS$200 juta tetapi TMZ, memetik kenyataan sumber hartanah di kawasan Holmby Hills, yang berdekatan Beverly Hills, berkata ia berkemungkinan terjual pada harga antara AS$80 juta (RM353 juta) dan AS$90 juta (RM398 juta).

Bakal pembeli boleh melawat hartanah yang luas itu kecuali bilik tidur Hefner.

Ia turut menyatakan, sebarang penjualan mesti dengan satu syarat iaitu sesiapa yang membelinya mesti membenarkan Hefner terus tinggal di rumah agam itu sehingga beliau meninggal dunia.

sumber: AFP

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...