- Details
- Published on Tuesday, 19 January 2016 08:08
Glenn Frey, pemain gitar utama yang juga antara pengasas kumpulan rock Eagles meninggal dunia, di Los Angelas, pada Isnin.
Kumpulan rock itu mendominasi carta lagu popular Amerika menerusi beberapa lagu terutama 'Hotel California'.
Frey, 67, meninggal dunia di New York berikutan beberapa penyakit termasuk pneumonia, kata kumpulan itu menerusi laman sesawangnya.
Frey yang dilahirkan di Detroit serta penyanyi merangkap pemain dram, Don Hanley mengasaskan Eagles pada 1971 selepas beberapa kali menjadi kumpulan sokongan kepada penyanyi rock Linda Ronstadt.
Kumpulan itu mengadunkan muzik rock dengan rentak 'country' sehingga menjadikannya antara yang paling popular pada 1970-an dengan beberapa lagu seperti "Hotel California," "Peaceful Easy Feeling," "Already Gone" dan "Take It Easy." Kumpulan itu berpecah pada 1980. - Reuters