Get $25 free
loading...

Bintang Star Wars Bohong Isteri Selama 3 Tahun

..

Semua barisan pelakon filem 'Star Wars' diminta berkongsi mengenai penglibatan mereka dalam karya garapan JJ Abrams itu. Termasuklah Adam Driver, yang sebelum ini menyembunyikan penglibatannya daripada isterinya, Joanne Tucker.

Aktor yang memegang watak Kylo Ren itu telah menyembunyikan hal tersebut selama tiga tahun.

Bahkan, Adam mengakui tidak berasa bersalah telah membohongi Joanne kerana isterinya itu memberikan reaksi yang dianggap memuaskan saat menonton 'Star Wars: The Force Awakens' untuk pertama kalinya.

"Rasanya luar biasa. Aku menyembunyikan hal ini dari isteriku tiga tahun lamanya," ujarnya seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Mengenai pengalamannya menghidupkan karakter Kylo Ren, Adam berasa puas kerana berpeluang melakonkan karakter yang berbeza.

Menurut aktor berusia 32 tahun itu, Kylo Ren adalah karakter yang berbeza kerana pergerakannya yang dinilai 'kasar'.

"Saya berasa ada kecerobohan dalam dirinya yang mungkin tidak ada keterkaitannya dengan Dark Side.

"Biasanya mereka cenderung berfikir dan penuh dengan komitmen, tanpa keraguan. Sedangkan Kylo Ren itu seorang yang bertindak dengan 'kasar'," ungkapnya.

Adam Driver dan Joanne Tucker bertemu ketika sama-sama melanjutkan pengajian dalam jurusan lakonan di Juilliard School, New York.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

 

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...